4 Produk Rahsia Untuk Kekal Awet Muda

Hari Raya memang hari yang kita tunggu-tunggu. Mana tidaknya. Sebulan kita tak makan, tak minum. Pendek kata, banyak perkara kita cuba tahan daripada buat. Pagi raya, kita dah jadi orang baru. Masa ini, kita nak pakai baju baru, pakai cantik-cantik. Barulah kita betul-betul rasa berjaya mengharungi cabaran berpuasa.

Lagi-lagi bila kulit muka kita nampak cantik, muda remaja macam retis, orang kata. Bertambah seronoklah kita. Jadi, sebelum Hari Raya, sambil pilih baju raya, kami nak kongsi 4 rahsia untuk kekal awet muda supaya anda tampil menawan semasa Hari raya nanti.

Whita Glo

Ramai orang Malaysia sukakan kulit cerah. Ke mana-mana pergi, mesti akan jumpa produk yang ada fungsi untuk jadikan kulit cerah. Whita Glo pakar untuk hal ini. Di dalam Whita Glo ada L-Glutathione iaitu gabungan asid amino yang kerjanya perbaiki bintik-bintik hitam dan buat kulit kita jadi cerah. L-Glutathione ini juga adalah antara antioksidan semulajadi paling bagus di dunia. Apa-apa radikal yang boleh beri kesan penuaan kepada kulit akan dihalang oleh L-Glutathione. Jadi, bintik-bintik hitam dah pudar, kulit pun dah cerah, muka pun terus berseri-seri. Hai, macam pengantin pula nanti!

Collagen

Rasanya bila sebut ‘kolagen’, semua orang dah tahu. Ramai orang tahu kolagen boleh buat kulit muka kita nampak macam remaja semula, tak kiralah berapa umur kita. Ya, kolagen banyak digunakan di dalam produk anti-penuaan. Isu utama bila sebut fasal tua ni adalah kulit semakin kering dan berkedut. Jadi, humektan di dalam Collagen membantu memerangkap kelembapan pada permukaan kulit. Pada masa yang sama molekul-molekulnya yang kecil menyerap ke dalam lapisan kulit yang lebih dalam. Inilah yang buat kulit kita rasa lembap, lembut, halus macam masa kita muda-muda dulu.

Collagen Plus

Kalau tadi Collagen, yang ini namanya Collagen Plus. Apa beza Collagen dengan Collagen Plus? Ok, macam ini. Collagen Plus ada kandungan tambahan iaitu vitamin C dan E. Ini pun kita biasa dengar bila sebut bab-bab kecantikan. Malah ada yang sanggup ambil suntikan Vitamin C walaupun KKM dah beri amaran akan kesan negatifnya kalau diambil menerusi suntikan. Collagen Plus mengambil khasiat menyeluruh Vitamin C dan E menerusi pemakanan kerana ia lebih baik dan selamat untuk kecantikan kulit. Oleh kerana bahan utamanya ialah kolagen, jadi Collagen Plus juga bersifat anti-penuaan. Tambah pula dengan khasiat vitamin C dan E, kulit diyakini tak akan kusam lagi.

Hydra Glow

Ada orang yang lebih suka minum jus kesihatan untuk penjagaan kesihatan. Jadi, kami nak cadangkan Hydra Glow. Memang sedap dan berkhasiat. Di dalamnya ada ekstrak buah delima, kolagen tripeptida, dan vitamin C. Minum 1 paket sehari pun boleh. Tapi kalau nak kesan lebih cepat, cuba 2 paket sehari. Nanti kulit akan jadi lebih lembap, iaitu kira-kira 40 peratus lebih lembap mengikut kajiannya. Oh, untuk pengetahuan, Hydra Glow tiada gula tambahan dan kandungan kalorinya juga rendah.

Jadi, pilihlah mana-mana yang anda suka. Pilih 1, pilih 2, pilih semua pun tak apa. Apa yang penting, Hari Raya akan datang mesti diraikan dengan penuh keyakinan. Anda tak payah bersolek tebal lagi untuk menutup semua kedutan dan bintik-bintik hitam. Tampil menyerlahlah dengan kecantikan semulajadi. Anda pasti akan buat ramai terpesona!

Leave a comment

All comments are moderated before being published