Diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1984, Total Image berasal dari Amerika Syarikat dan telah dikembangkan ke pasaran Asia Tenggara sebagai salah satu syarikat kecantikan dan pelangsingan badan yang terawal, merupakan perintis produk pelangsingan, kesihatan dan kecantikan yang semula jadi dan berkualiti tinggi.

Disebabkan kejayaan yang besar, kami telah digalakkan untuk membawa masuk produk pelangsingan badan, kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi dan sepanjang beberapa tahun telah memperkenalkan beberapa produk yang berjaya. Total Image telah berdiri teguh dalam industri ini selama lebih tiga dekad dan akan terus berlanjutan dalam menyediakan pelanggan dengan produk yang berprestasi dan berkualiti tinggi. Hari ini, produk kami terdapat di semua farmasi utama di seluruh Malaysia.

MISI KAMI

  • Menyediakan produk yang paling murni, selamat dan berkesan melalui sumber semula jadi, sains dan inovasi
  • Mempertingkatkan kualiti produk untuk memastikan kepuasan pelanggan
  • Menyediakan pekhidmatan hospitaliti dan khidmat pelanggan yang terbaik

Pihak pengurusan kami akan berterusan menyediakan pengalaman pelanggan yang diperkaya
dengan pelangsingan badan, kecantikan, anti-penuaan, kesihatan dan produk penjagaan diri.
Kami komited dalam menyediakan produk yang selamat dan berkesan untuk keperluan anda.