1. Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, semua penghantaran akan dijalankan melalui syarikat kurier yang dipilih oleh Total Image Regional (M) Sdn Bhd sahaja. Jangan gunakan P.O. box sebagai alamat pengiriman.

2. Semua penghantaran hanya sah di Malaysia sahaja dan penghantaran adalah percuma dengan sebarang pembelian.

3. Ini adalah tanggungjawab pelanggan untuk memastikan ketepatan butir-butiran alamat penghantaran semasa membuat pesanan. Sekiranya alamat yang tidak sah atau salah dimasukkan oleh pelanggan, Total Image Regional (M) Sdn Bhd tidak diwajibkan untuk menghantar semula pesanan ke alamat yang betul dengan perbelanjaan syarikat tersebut.

4. Total Image Regional (M) Sdn Bhd bertanggungjawab untuk membiayai SATU kali caj bayaran penghantaran sahaja.

5. Hari penghantaran purata adalah 3-5 hari bekerja dari tarikh pembelian yang dinyatakan. Total Image Regional (M) Sdn Bhd akan bekerjasama dengan rakan kuriernya untuk menghantarkan pesanan secepat mungkin dalam masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, Total Image Regional (M) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan, penghantaran yang hilang atau tertunggak yang disebabkan oleh rakan kongsi pihak ketiga.

6. Total Image Regional (M) Sdn Bhd berhak untuk mengubah terma & syarat penghantaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.