Total Image

Meal Shape (Buy 2 Free 1)

RM158 RM267
Saiz:
Kuantiti:

Meal Shape dirumus dengan 24 jenis bijirin, OatS’elect™ Beta Glucan dan ekstrak buah Kaktus , ia merupakan satu-satunya penyelesaian sempurna anda sebagai pengganti sajian demi pengurangan berat badan, Pelbagai bijirinnya merupakan penyelesaian kalori rendah bagi sistem penghadaman anda dalam proses peningkatan metabolisme.

Ekstrak Prickly Pear Kaktus terbukti mempunyai kesan diuretik dan antioksidan, bertindak untuk menaikkan kadar pembakaran lemak sambil mengimbangkan berat badan anda. Rumusan bernutrisi hebat bukan sekadar menyerlahkan kecantikan anda, malah juga menyediakan nutrien yang amat diperlukan, termasuk juga meningkatkan tenaga.

Pengganti sajian Total Image Meal Shape dalam bentuk serbuk dirumuskan dengan bahan-bahan semula jadi tanpa pewarna, perisa atau pengawet tiruan. Ianya 100% sesuai dimakan oleh vegetarian untuk membekalkan segala kebaikan secara semula jadi. Sememangnya ianya pengganti sajian sempurna anda yang begitu mudah dimakan.

* Termasuk Turbo Mixer PERCUMA

- Pengganti sajian untuk melangsing badan anda sambil mengurangkan berat badan anda.
- Dirumus dengan ramuan semula jadi sepenuhnya tanpa sebarang bahan tiruan termasuk pewarna, perisa atau pengawet
- Disahkan Halal oleh Jakim Malaysia, selamat untuk dimakan oleh umat Islam
- Campurkan 2 sudu (30g) Meal Shape ke dalam 150ml air suam. Kacau rata dan nikmatilah. 1 hingga 2 hidangan setiap hari

1. Kecuali yang dinyatakan sebaliknya, semua penghantaran akan dijalankan melalui syarikat kurier yang dipilih oleh Total Image Regional (M) Sdn Bhd sahaja. Jangan gunakan P.O. box sebagai alamat pengiriman.

2. Semua penghantaran hanya sah di Malaysia sahaja dan penghantaran adalah percuma dengan sebarang pembelian.

3. Ini adalah tanggungjawab pelanggan untuk memastikan ketepatan butir-butiran alamat penghantaran semasa membuat pesanan. Sekiranya alamat yang tidak sah atau salah dimasukkan oleh pelanggan, Total Image Regional (M) Sdn Bhd tidak diwajibkan untuk menghantar semula pesanan ke alamat yang betul dengan perbelanjaan syarikat tersebut.

4. Total Image Regional (M) Sdn Bhd bertanggungjawab untuk membiayai SATU kali caj bayaran penghantaran sahaja.

5. Hari penghantaran purata adalah 3-5 hari bekerja dari tarikh pembelian yang dinyatakan. Total Image Regional (M) Sdn Bhd akan bekerjasama dengan rakan kuriernya untuk menghantarkan pesanan secepat mungkin dalam masa yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, Total Image Regional (M) Sdn Bhd tidak bertanggungjawab ke atas kerosakan, penghantaran yang hilang atau tertunggak yang disebabkan oleh rakan kongsi pihak ketiga.

6. Total Image Regional (M) Sdn Bhd berhak untuk mengubah terma & syarat penghantaran tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Produk Kecantikan & Pelangsingan Badan Yang Mungkin Anda Menyukai