Kolagen Terbaik Untuk Wanita Kekal Awet Muda

Kolagen Terbaik Untuk Wanita Kekal Awet Muda

“Eh, Makcik!” usia 30-an dah dipanggil makcik, muka dah memang tua sangat ke? Walaupun dah guna skin care yang sesuai, baru usia 30 tahun sudah menampakkan kesan penuaan yang amat ketara.  


Wanita yang melangkah masuk ke usia 30-an mulai bimbang akan kulit mereka yang semakin hilang keanjalan kerana kekurangan kolagen. Menurut kajian, selepas umur 20 tahun, tubuh kita akan kehilangan kira-kira 1% keberkesanan dalam menghasilkan kolagen. Kesannya, kulit menjadi semakin nipis dan rapuh seiring dengan pertambahan usia.


Jadi, bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasinya? Bak kata pepatah, pencegahan adalah kunci utama. Perkara yang paling penting adalah menjaga kulit anda sebelum semua perubahan ini mula berlaku. Oleh itu, pengambilan suplemen kolagen penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Maka tak hairanlah untuk membantu menggantikan kolagen dalam kulit, kita akan mencari suplemen kolagen terbaik untuk tubuh kita.  Yang paling umum adalah kolagen “Hydrolyzed”. 


Kolagen Yang Mengandungi Kolagen “Hydrolyzed”

Kolagen terhidrolisis (hydrolyzed collagen) dihasilkan daripada kolagen marine melalui proses pemecahan air. Setelah melalui proses ini, molekul kolagen akan menjadi lebih kecil, maka inilah sebabnya kolagen terhidrolisis merupakan pilihan kolagen terbaik. Dengan struktur yang lebih kecil, kolagen ini mudah diserap dan sedia digunakan oleh badan di mana ia diperlukan. 


Kolagen terhidrolisis boleh memberi banyak faedah kepada tubuh. 

Selain dari faedah untuk meningkatkan penghidratan kulit dan mengurangkan kesan penuaan, kolagen terhidrolisis dapat membantu mengurangkan risiko sakit sendi. Ini kerana tulang rawan sendi turut mengandungi kolagen, dan sakit sendi juga sering berpunca dari kehilangan kolagen. Kajian menunjukkan bahawa kolagen dapat mengurangkan sakit sendi dan membantu meredakan kesakitan yang disebabkan oleh keadaan seperti osteoartritis.


Kolagen terhidrolisis dengan penyerapan yang lebih bagus untuk tubuh kita, juga berfungsi sebagai sumber nutrien yang berkesan untuk menyokong membina sel-sel di saluran penghadaman bagi melapisi bahagian dalam usus.


Untuk individu yang mengalami sindrom iritasi usus atau masalah pencernaan, pengambilan kolagen yang dihidrolisis adalah pilihan kolagen terbaik. Peptida kolagen yang dihidrolisis telah dipecahkan semasa proses hidrolisis untuk memudahkan penyerapan dan mengurangkan masalah pencernaan. 


Sekiranya anda ingin mencuba suplemen kolagen, anda boleh mendapatkan produk kolagen di farmasi. Suplemen kolagen biasanya disediakan dalam bentuk cecair, serbuk dan tablet. 


Bagi yang berumur 30 tahun juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen kolagen. Masih tidak terlambat, jom beli kolagen terbaik, Total Image di sini. 


Disahkan Halal oleh Islamic Services of America, kolagen Total Image selamat untuk diambil oleh umat Islam.

RELATED ARTICLES

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please note, comments must be approved before they are published