Jenis-jenis Suplemen untuk Kulit: Rekomendasi Terbaik

Jenis-jenis Suplemen untuk Kulit: Rekomendasi Terbaik
Tidak hairanlah ramai wanita pada zaman ini mempunyai kulit yang nampak lebih muda, sihat dan cerah! Apakah rahsia mereka? Suplemen untuk kulit! Kami yakin bahawa anda pasti sudah mencari dan mengenalpasti pelbagai cara ajaib untuk mendapat kulit flawless secara semulajadi. Masalah kulit paling biasa dihadapi oleh wanita adalah kulit terlalu kering ataupun berminyak. Selain itu, kebanyakan remaja juga menghadapi isu jerawat sehingga umur dewasa. Oleh sebab itu, suplemen-suplemen untuk kulit mestilah diambil secara konsisten supaya hasil terbaik dapat dicapai.
 
Terdapat banyak suplemendi pasaran yang boleh memberi manfaat kepada tubuh badan dan kulit kita. Suplemen-suplemen seperti minyak evening primrose, probiotik, vitamin, dan kolagen dipenuhi dengan manfaat-manfaat yang telah dibuktikan dapat memberi faedah kepadabadan, terutamanya kulit kita. Jom kita kenal pasti suplemen-suplemen ini!
 
Suplemen Minyak Evening Primrose

Bukan sahaja untuk memelihara kesihatan anda secara umum, minyak evening primrose merupakan salah satu suplemen untuk kulit yang banyak memberi manfaat. Kandungan utamanya, gamma-linolenic acid, boleh mengurangkan jerawat dan juga membantu masalah kulit kering dengan memulihkan kelembapan kulit anda.
 
Suplemen Probiotik
 
Adakah semua bakteria yang wujud itu teruk? Tidak! Probiotik adalah sejenis bakteria yang memanfaatkan kita. Selain berfungsi sebagai suplemen untuk kulit, probiotik boleh membantu meningkatkan kesihatan usus kita. Ianya boleh didapati dalam makanan seperti susu dan yogurt, pengambilan probiotik juga mudah diperkenalkan kepada kanak-kanak. Selain daripada itu, suplemen ini boleh merawat ekzema dan mengurangkan inflamasi pada kulit.
 
Suplemen Vitamin
 
Dengan pengambilan vitamin yang sesuai dalam tempoh jangka panjang, ia boleh membantu mencantikkan dan memulihkan masalah kesihatan kulit kita. Vitamin-vitamin seperti vitamin C, A, dengan E, mempunyai fungsi antioksidan manakala vitamin D dan B dapat mengembalikan kelembapan kulit dan mempunyai faedah anti penuaan. Vitamin K banyak terlibat di dalam proses penyembuhan luka. Oleh yang demikian, vitamin-vitamin  ini boleh membantu meratakan warna tona kulit, mengurangkan bengkak dan kemerahan yang berpunca oleh jerawat.
 
Suplemen Kolagen
 
Merupakan pilihan utama wanita bagi suplemen untuk kulit yang berseri! Suplemen berasaskan kolagen dapat memerangkap air pada permukaan kulit yang boleh meningkatkan kelembapan kulit anda. Kolagen yang dikhaskan untuk kulit telah dihidrolisis untuk memberi penyerapan yang paling cekap di dalam sel kulit kita. Dipenuhi dengan antioksidan, suplemen-suplemen sebegini membantu sel kulit untuk melawan radikal bebas yang berbahaya.
 
Tentunya, rutin gaya hidup anda juga akan mempengaruhi keadaan kulit anda. Kesihatan mental seperti stres, kebimbangan, dan keletihan, juga perlu dikawal dandijaga untuk kesihatan kulit. Tidak mengambil kira wanita ataupun lelaki, penjagaan kulit perlu diberikan lebih banyak perhatian. Ketahui lebih lanjut mengenai jenis-jenis supplement untuk kulit yang ditawarkan oleh kami di sini.

RELATED ARTICLES

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please note, comments must be approved before they are published