Natural Deodorant Ni Paling Best Untuk Cuaca Malaysia!

Natural Deodorant Ni Paling Best Untuk Cuaca Malaysia!

Berjalan kaki selama 5 minit di bawah cahaya matahari yang terik di Malaysia boleh membuat anda berpeluh seolah-olah anda berlari maraton 5km. Itulah hakikat bagi ramai orang Malaysia. Sebaik sahaja keluar dari rumah, mesti banyak berpeluh. Jikalau anda tidak menggunakan deodorant, memang sukar untuk mengawal dan singkirkan bau badan. Tetapi, bukan semua deodorant sama jenis, anda mesti gunakan natural deodorant untuk menghapuskan bau badan dengan berkesan.

Jadi, yang manakah natural deodorant paling best untuk digunakan untuk cuaca Malaysia?

Total Image! Produk-produk Total Image telah dicipta khusus untuk menangani cuaca Malaysia yang panas giler. Produk deodorant dari Total Image berbeza dengan deodorant lain dari segi bahan kandungannya. Natural deodorant Total Image diperbuat dari garam mineral semula jadi yang berketulenan tinggi dan bebas dari bahan kimia seperti alkohol dan aluminium.

Tahukah anda bahawa banyak produk deodorant mengandungi bahan kimia yang berbahaya?

Ya, bahan kimia seperti aluminium chlorohydrate boleh mengawal aliran peluh dengan efektif tetapi ia berpotensi untuk menyebabkan keradangan dan kerengsaan kulit! Apabila aluminium bergabung dengan peluh kita, ia membentuk plug yang menghalang pengaliran peluh dan juga akan menyumbatkan pori-pori. Untuk para wanita yang mempunyai kulit sensitif, bahan kimia seperti alkohol dan pewangi juga berpotensi untuk menyebabkan kerengsaan kulit.

Total Image Smelly-No-More Roll On Deodorant tidak mengandungi aluminium chlorohydrate, alkohol, pewangi dan sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya untuk orang yang mempunyai kulit sensitif (sensitive skin)! Natural deodorant kami akan menghapuskan bakteria yang menghasilkan bau badan busuk. Smelly-No-More Roll On Deodorant kami juga senang digunakan dan boleh bertahan 3-6 bulan. Jikalau anda ingin mencari semburan deodorant, Total Image juga ada produk untuk anda! Aplikasi mudah dan tanpa sentuhan adalah salah satu sebab Total Image Smelly-No-More Deodorant Spray menjadi one of the best natural deodorant di Malaysia! Tak tipu! Seperti produk Roll-On Deodorant, produk ini bebas alkohol dan pewangi. Sifat antimikrob dan antibakteria membenarkan badan anda berpeluh secara normal sambil menghapuskan bau badan busuk secara semula jadi. Dengan bahan kandungan semula jadi dan bebas bahan kimia, kedua-dua produk Total Image kami selamat digunakan oleh semua peringkat umur.

Bukan sahaja berkesan untuk wanita, para lelaki juga boleh menggunakan natural deodorant Total Image. Jangan tutupkan bau badan anda lagi, hapuskan punca bau busuk sepenuhnya dengan natural deodorant kami. Ingin pergi ke pejabat ke nak jalan-jalan shopping ataupun nak mendaki gunung Kota Kinabalu, tak yah risau tentang bau badan lagi dengan natural deodorant paling best ni di Malaysia!

RELATED ARTICLES

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please note, comments must be approved before they are published