5 Tips Memilih Pencuci Wanita Yang Tepat

5 Tips Memilih Pencuci Wanita Yang Tepat

Penjagaan miss-v atau bahagian intim adalah sangat penting kerana bukan sahaja mempengaruhi kebersihan diri malah ianya penting terhadap aspek kesihatan serta psikologi.

Pelbagai masalah miss-v yang dihadapi oleh kaum wanita, termasuklah bau yang tidak menyenangkan, kegatalan, ruam, ketidak selesaan, iritasi, keputihan dan sebagainya. Kurang penjagaan miss-v yang sewajarnya boleh menyebabkan berlakunya masalah yang lebih teruk lagi seperti jangkitan kulat dan bakteria serta penyakit kelamin.

Secara amnya, kebanyakan jangkitan pada miss-V berlaku pada kalangan wanita yang telah berkahwin. Antara gejala yang dihadapi adalah seperti:

  • - Keputihan yang berwarna putih
  • - Kegatalan dan ketidakselesaan pada faraj
  • - Miss-v yang berbau tidak menyenangnya terutama selepas hubungan intim
  • - Rasa seolah-olah terbakar atau pedih semasa membuang air kecil
  • - Manakala, jangkitan kulat menyebabkan gejala menjadi sedikit berbeza dan tampak lebih serius seperti keputihan yang banyak seperti keju namun tidak berbau, kegatalan pada bahagian faraj yang dasyat malah kemerahan, radang dan ruam serta sakit.

Justeru, kebersihan miss-v harus di titik beratkan terutamanya selepas setiap kali membuang air kecil, memastikan miss-v sentiasa kering, menggunakan pakaian dalam jenis kapas supaya dapat menyerap peluh, dan tidak juga kurangnya penggunaan pencuci wanita atau pembersih harian wanita yang sesuai.

Persoalaannya, terlalu banyak jenama pencuci wanita di pasaran dan bagaimana untuk memilih produk yang paling tepat dengan keperluan anda?

1. Kenalpasti Masalah Yang Di Hadapi

Antara gejala yang disebutkan di atas, apakah masalah utama yang anda hadapi? Keputihan yang berbau? Ruam? Ketidak selesaan seperti gatal, pedih dan sebagainya?

Pemilihan produk pencuci wanita haruslah tepat supaya bahan kandungan dalam formulasi tidak akan memburukkan lagi masalah tersebut. Ini kerana terdapat sesetengah wanita yang sensitif terhadap bahan pewangi, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah mengkaji kandungan produk tersebut agar bebas dari kandungan pewangi. Sesetengah produk diciptakan dengan kandungan pewangi yang tinggi, dengan tujuan melindungi bau yang tidak menyenangkan, dan adakah ianya berkesan untuk masalah kewanitaan anda? Fikirkan.

2. Bahan Aktif Yang Berkesan Untuk Masalah Anda

Pelbagai bahan aktif yang dimasukkan dalam formulasi pencuci wanita untuk mengatasi masalah kewanitaan ini. Contohnya esktrak herba tertentu seperti daun sirih amat popular sebagai anti-bau serta anti bakteria.

Tahukan anda, kebanyakan masalah berpunca dari pembiakan bakteria. Jadi, pentingnya mikroflora baik pada miss-v boleh mencegah pembiakan bakteria jahat. Kandungan asid laktik khususnya dalam pencuci wanita amat bermanfaat untuk mencegah infeksi serta memastikan pH sentiasa di bawah 4.5.

3. Kandungan Lain Yang Boleh Mencetuskan Masalah

Selain dari kandungan pewangi yang boleh mencetuskan kerengsaan, elemen lain seperti sabun serta SLS boleh menghakis pH faraj yang berasid, lalu menggalakkan pertumbuhan bakteria jahat. Kandungan SLS serta sabun juga boleh membuatkan kulit menjadi terlalu kering. Maka, elakkan bahan-bahan ini dalam formulasi produk penjagaan wanita.

4. Pengilang Dan Produk Berdaftar serta HALAL

Pastikan produk yang anda ingin gunakan haruslah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Nombor notifikasi yang sah menunjukkan produk yang anda bakal gunakan adalah menepati kriteria bahan-bahan formulasi yang dibenarkan serta selamat untuk digunakan. Selain itu, mendapatkan produk yang HALAL adalah tuntutan bagi setiap muslim.

5. Harga Yang Berpatutan

Produk yang dicipta dengan kandungan premium serta bahan hipoalergenik dan diuji secara dematologi selalunya hadir dengan harga yang tinggi untuk setiap ml. Namun, tidak bermakna anda perlu berbelanja tinggi untuk mendapatkan formulasi terbaik ini.

Usah risau, dengan Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash, anda boleh dapatkan 9 kebaikan dalam setiap titisan. Ia mengandungi khasiat 4 herba perbidanan melayu seperti ekstrak Daun Sirih, Manjakani, Serapat dan Kacip Fatimah yang mana mempunyai sifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-keradangan. Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash didatangkan dengan kandungan prebiotik untuk menyokong pembiakan bakteria baik serta menyeimbangkan pH asidik di kawasan intim, Tanpa SLS, Tanpa Sabun, Tanpa Paraben mahupun Pewangi. Yang hadir cuma bauan semulajadi yang segar dari ekstrak Sirih sebagai formulasi botanikal utama di dalam produk ini, dan ianya diuji secara dermatologi agar selamat untuk kulit anda.

 

Gunakan tanpa ragu-ragu! Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash semestinya mempunyai pengesahan HALAL oleh JAKIM. Anda boleh dapatkan produk ini di farmasi utama di seluruh negara pada harga RM21.90 untuk 200ml di mana bertahan untuk penggunaan sehingga kira-kira 3 bulan. Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash disyorkan kepada golongan remaja dan dewasa sebagai pembersih wanita harian terutamanya pada ketika haid, hamil dan menopaus.

Kekal bersih, kekal Segar, Kekal Yakin dengan Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash.

 

Anda juga boleh beli online Di Sini sekarang!

Jom baca Adakah Pembersih Wanita Berkesan Untuk Melegakan Kegatalan?

RELATED ARTICLES

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Please note, comments must be approved before they are published