Adakah Pembersih Wanita Berkesan Untuk Melegakan Kegatalan?

Jika adanya sabun khas untuk badan, rambut, dan muka, tak hairan juga adanya sabun untuk bahagian intim wanita di dalam pasaran. Penjagaan miss V anda adalah  sama pentingnya dengan bahagian lain badan anda, tau tak? Pembersih wanita atau feminine wash yang bersesuaian akan memastikan bahagian intim anda kekal segar dan sihat. Hampir kesemua wanita pernah bergelut dengan penjagaan bahagian intim mereka sekurang-kurangnya sekali dalam kehidupan mereka. Kamu tidak keseorangan dalam hal ini!

Adakah pembersih wanita diperlukan? Air biasa je tak boleh melegakan ketidakselesaan di bahagian intim ke?

Dalam iklim panas dan lembap seperti di Malaysia, mencuci alat sulit dengan pembersih wanita amat disyorkan oleh para dermatologi. Ini kerana cuaca Malaysia menjadikan ia sangat mudah berpeluh yang mana boleh meningkatkan aktiviti bakteria di kawasan intim kita. Bakteria di kawasan intim akan mempengaruhi keseimbangan tahap ph dan boleh menyebabkan keputihan, bau tidak menyenangkan, kegatalan dan iritasi. Keberkesanan pembersih wanita bukan sahaja untuk membersih dan mencegah jangkitan kuman pada bahagian intim, ia juga boleh meningkatkan kelembutan kulit dan mengekalkan kesegaran bahagian intim sepanjang hari. 

"Saya mengalami isu keputihan dan kegatalan pada bahagian faraj, yang manakah  pembersih wanita sesuai untuk mengatasi isu sebegini?"

Keputihan pada kawasan intim wanita sebenarnya adalah perkara normal. Ia tidak berbahaya kepada kita, dimana hanya perlu mencucinya dengan konsisten supaya bahagian faraj kekal segar. Tetapi, jika keputihan bewarna kuning atau hijau, berbau busuk, ataupun  bertekstur likat, anda mungkin mengalami jangkitan kuman. Kegatalan pada kawasan intim juga perlu dititikberatkan. Salah satu faktor utama kegatalan di bahagian faraj ialah ketidakseimbangan tahap ph. Jikalau tidak dijaga, ia boleh menyebabkan iritasi dan kawasan alat sulit mungkin akan mengalami infeksi yis atau bakteria. Pastikan pembersih wanita yang anda beli menyatakan dengan jelas bahawa ia boleh merungkaikan masalah anda; dalam konteks ini, keputihan dan kegatalan.

Gunakan Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash yang berkesan untuk melegakan ketidakselesaan seperti keputihan, kegatalan, kulit sensitif, dan juga masalah bau tidak menyenangkan!

Dirumus dengan empat jenis ekstrak tumbuhan semula jadi, Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash ialah pembersih wanita khas untuk membersihkan kawasan tersebut dengan lembut tanpa menyingkirkan lapisan asid pelindung semulajadi kulit. Produk ini juga membantu melegakan ketidakselesaan, kegatalan dan mengurangkan keputihan yang busuk sambil mengekalkan tahap ph yang seimbang. Produk Total Image juga sesuai untuk wanita yang mengelak produk yang mempunyai SLS, sabun, dan bahan merengsa. Kepada gadis dan wanita diluar sana yang  mempunyai kulit sensitif, produk ini adalah pilihan terbaik untuk anda!

Dengan bahan semulajadi dan formulasinya, pembersih wanita Total Image boleh digunakan setiap hari (disyorkan untuk digunakan dua kali sehari untuk mengoptimumkan kebersihan feminin pada remaja dan dewasa). Produk ini juga telah disahkan HALAL oleh JAKIM dan diuji secara dermatologi agar selamat untuk semua jenis kulit.

Leave a comment

All comments are moderated before being published

Shop now