Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba! Jika anda impikan kulit yang lebih glowing dan sihat untuk tampil segar di Hari Raya nanti, berikut ialah 4 suplemen untuk awet muda yang wajib anda cuba. Suplemen-suplemen untuk kulit ini dapat membantu mencantikkan kulit anda dari dalaman. Ianya boleh diamalkan secara berasingan atau diambil secara serentak untuk memberikan hasil yang lebih cepat.
Collagen
Tablet Collagen terbaik untuk mengurangkan kedutan dan seharusnya menjadi salah satu suplemen harian anda. Suplemen kolagen ini juga dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Source: Freepik
Produk ini dirumus khas dengan kolagen tulen yang telah melalui proses hidrolisis. Proses ini menukar bentuk asal kolagen kepada protein yang lebih mudah diserap oleh badan anda. Protein ini akan memerangkap kelembapan di permukaan kulit anda. Pada masa yang sama, molekulnya yang halus akan meresap jauh ke dalam lapisan kulit sambil membawa nutrisi penting yang diperlukan.
Penggunaan Collagen bukan sahaja memberi kesan positif kepada kulit wajah, tetapi ia juga seluruh tubuh badan. Kulit anda akan menjadi lebih licin dan anjal. Pendek kata, anda akan sentiasa kelihatan muda dari usia sebenar!
Collagen Plus
Anda risau kulit anda kelihatan kusam? Jangan risau, kami cadangkan anda untuk mengamalkan pengambilan tablet Collagen Plus. Suplemen ni paling berkesan untuk kekal awet muda! Selain mengandungi kolagen tulen, ianya juga diperkaya dengan Vitamin C dan E.
Vitamin C boleh membantu anda untuk mendapatkan tona kulit yang lebih sekata. Dengan ini, masalah kulit kusam anda akan hilang sama sekali. Vitamin E pula merupakan antioksidan semula jadi yang melindungi kulit anda daripada kesan bahaya radikal bebas. Selain itu, vitamin E juga berupaya untuk mengundurkan kesan penuaan.
Dalam erti kata lain, anda sebenarnya masih berpeluang untuk mengembalikan keremajaan kulit anda. Menakjubkan, bukan?
Whita Glo
Untuk membantu menangani masalah penuaan kulit dengan lebih berkesan, apa kata anda gandingkan pengambilan tablet Colagen atau Colagen Plus bersama kapsul Whita Glo? Dengan kombinasi ini, anda bukan sahaja akan dapat suplemen untuk kekal awet muda, tapi untuk kulit yang berseri dan sihat!
Jika anda tertanya-tanya ada apa dengan produk Whita Glo, ini dia jawapannya – kapsul ini dirumus mengikut teknologi fermentasi Jepun dan diperbuat daripada OPITAC™ L-Glutathione yang berkualiti tinggi.
Secara ringkasnya, L-Glutathione adalah antioksidan semula jadi kuat yang terdapat pada setiap sel dalam badan. Walau bagaimanapun, badan anda mungkin tidak dapat menghasilkan L-Glutathione yang mencukupi untuk menyingkirkan kesemua radikal bebas yang berbahaya.
Oleh itu, bantulah badan anda untuk mendapatkan kulit yang cerah dan memperbaiki bintik-bintik hitam di wajah dengan pengambilan tambahan L-Glutathione melalui Whita Glo. Anda pasti teruja apabila kulit anda menjadi glowing seperti yang diidamkan!
Hydra Glow
Jika anda lebih menggemari suplemen berbentuk minuman, anda boleh mencuba produk Hydra Glow. Minuman kecantikan ini diperkaya dengan ekstrak Delima Viqua® yang terbukti secara klinikal berjaya meningkatkan kelembapan kulit sehingga 40%.
Selain itu, Hydra Glow turut dilengkapi dengan kolagen tripeptida yang berupaya menjadikan kulit anda lebih anjal, disamping menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. Dengan pengambilan yang konsisten, anda akan tampak lebih halus dan berseri hanya dalam tempoh 28 hari!
Sekarang, tentunya anda teruja untuk memulakan misi memiliki kulit yang lebih glowing menjelang hari raya nanti. Best sekali, penghantaran ke seluruh Malaysia adalah percuma! Jadi, jangan tunggu lagi dan dapatkan 4 suplemen untuk awet muda ini sekarang.